KUALA LUMPUR 9 April – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan nasihat bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim supaya beliau tidak terlalu teruja dengan pujian Perdana Menteri sebagai pandangan peribadi.
Anwar ketika ditemui di majlis perasmian Program Food Bank Malaysia dekat Universiti Malaysia (UM) di sini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
“Tak apa lah. Itu pandangan peribadi dia (Zaid),” katanya secara ringkas ketika kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, program Food Bank Malaysia dekat UM itu dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Zaid dalam ciapan di akaun Twitter semalam menasihatkan Anwar supaya tidak terlalu teruja dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa beliau merupakan pemimpin yang lebih baik berbanding bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – UTUSAN ONLINE











