Kes solar: Rosmah ke SPRM hari ini - Utusan Malaysia

Kes solar: Rosmah ke SPRM hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 April – Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu dilihat tiba kira- kira pukul 1.39 petang dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam.

Menurut sumber, Rosmah dipanggil memberikan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan dengan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kontroversi projek tenaga solar berkenaan tercetus ekoran pendedahan sebuah portal berita yang mendakwa Najib menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak.

Projek pemasangan panel tenaga solar itu disiasat SPRM berikutan pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan kereta di Bintulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini