Perkasa sokong RCI Tabung Haji ditubuhkan - Utusan Malaysia

Perkasa sokong RCI Tabung Haji ditubuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyokong cadangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mendedahkan fakta sebenar di sebalik isu kewangan yang digembar-gemburkan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).


Ketua Penerangannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, pihak kerajaan perlu memberi fakta yang tepat dan bukanlah kenyataan semberono oleh menteri-menteri yang akhirnya mengakibatkan hilangnya kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan pengurusan kewangan Tabung Haji.


“RCI yang diwujudkan hendaklah menjurus kepada tuduhan penyelewengan dan manipulasi akaun kerana ia turut melibatkan integriti dan kredibiliti Jabatan Audit Negara. 


Memuatkan artikel berkaitan…

“Tabung Haji juga perlu disiasat atas laporan yang pengurusan serahkan kepada Jabatan Audit Negara bagi menentukan kebenaran dan kesahihan laporan yang dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 


Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar kerajaan segera menubuhkan RCI bagi menyiasat segala dakwaan dan salah laku yang berlaku di dalam pengurusan Tabung Haji yang lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini