Parlimen: Anak menteri bakal didakwa - Utusan Malaysia

Parlimen: Anak menteri bakal didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Anak seorang menteri yang sebelum ini disiasat atas kesalahan dadah dijangka dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu berkata, arahan untuk menuduh suspek telah diterima selepas kertas siasatan bagi kes tersebut  dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

“Bagi kes anak menteri yang disiasat menurut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, laporan patologi telah diterima oleh Polis Diraja Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Arahan telah diterima untuk menuduh suspek di mahkamah. Tindakan untuk menuduh akan diambil dalam tempoh yang terdekat ini,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 4 April lepas.

Ia bagi menjawab soalan Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang ingin penjelasan prosedur operasi standard (SOP) siasatan terhadap individu yang disyaki positif dadah dan tempoh yang diambil untuk mendapatkan pengesahan ujian patologi serta sebab keputusan ujian air kencing seorang anak menteri mengambil masa yang lama.

Berkaitan tempoh masa untuk menyiapkan laporan, kementerian itu berkata ia terletak bawah bidang kuasa Jabatan Patologi, Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu, ia difahamkan tempoh masa untuk penyediaan laporan pengesanan sampel air kencing bergantung kepada jenis dadah dan jumlah sampel yang diterima untuk dibuat analisis. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini