41 lagi pelarian Rohingya mendarat di Perlis - Utusan Malaysia

41 lagi pelarian Rohingya mendarat di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 8 April – Seramai 41 pelarian Rohingya yang dalam keadaan keletihan, lesu serta kelaparan sekali lagi dibantu penduduk kampung setelah dipercayai ditinggalkan tekong di pesisiran pantai berdekatan Kampung Belati, Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di sini, hari ini.

Kesemua mereka sebelum itu dipercayai telah menempuh perjalanan hampir seminggu dari negara asal mereka sebelum ditemukan oleh penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan pagi ini.

41 lagi pelarian Rohingya mendarat di Perlis
KUMPULAN pelarian Rohingya yang diselamatkan penduduk setelah dipercayai ditinggalkan tekong diberi makan di perairan pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat di Perlis, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Kawasan tersebut tidak jauh daripada lokasi seramai 34 pelarian Rohingya termasuk sembilan kanak-kanak ditinggalkan dalam kejadian serupa pada 1 Mac lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang terdiri daripada semua lelaki sebelum itu dipercayai terpaksa meredah lumpur sejauh 750 meter ke pesisiran pantai tersebut.

ROSMI ISMAIL
ROSMI ISMAIL 

Penduduk, Rosmi Ismail, 51, berkata, dia terlihat kelibat pelarian-pelarian berkenaan berehat di pesisiran pantai berkenaan kira-kira pukul 7 pagi.

Katanya, menurut salah seorang daripadanya, mereka telah berpecah kepada dua buah kumpulan selepas ditinggalkan tekong.

Berikutan itu, katanya, para penduduk pergi mencari pelarian lain dan berjaya menemukan sekumpulan lagi di kawasan berdekatan sebelum mengumpulkan mereka.

“Berdasarkan percakapan mereka yang boleh berbahasa Melayu, memaklumkan terdapat satu lagi kumpulan yang akan mendarat di negeri ini dalam tempoh terdekat. Mereka memilih tarikh awal bulan untuk mendarat disebabkan air cetek di Sungai Baru ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Daud Che Mei, 40, memberitahu, mereka menghubungi pihak Imigresen sebelum pasukan penguat kuasa itu datang mengambil pelarian berkenaan kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Ini adalah kejadian kedua pelarian Rohingya mendarat di kawasan ini. Saya pun tidak pasti mengapa pelarian suka mendarat di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, pelarian tersebut ditahan di beberapa lokasi di kawasan itu setelah dipercayai ditinggalkan tekong.

“Kesemua mereka kemudian diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini