Liga Premier: UITM FC tewas, gagal rampas taktha liga - Utusan Malaysia

Liga Premier: UITM FC tewas, gagal rampas taktha liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas tewas 0-1 kepada pasukan Terengganu FC II di Stadium UiTM, di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu mengakibatkan UiTM FC gagal merampas takhta Liga Premier apabila menghuni tangga ketiga dengan 13 mata di belakang Johor Darul Takzim (JDT) II dan Sabah selepas mengharungi tujuh perlawanan. 

Gol pasukan Terengganu FC II hadir pada minit ke-82 menerusi penyerang import mereka, Bruno Suzuki yang mudah menewaskan penjaga gol tuan rumah, Muhammad Nor Haziq Mohd. Aris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pasukan pelawat kemudiannya terus ghairah menyerang, namun sepakan lencong seorang lagi penyerang import mereka, Akanni Sunday pada minit ke-86 hanya melewati palang.

Kemenangan itu membolehkan Terengganu FC II kini di tangga keempat liga dengan 10 mata. 

Sepanjang tempoh 90 minit perlawanan UiTM FC membuat tiga pertukaran pemain, manakala Terengganu FC hanya membuat dua pertukaran pemain.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini