Penuntut UniKL Lumut dikhuatiri lemas - Utusan Malaysia

Penuntut UniKL Lumut dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SITIAWAN – Seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) Lumut dikhuatiri lemas selepas dipercayai mandi di muara Sungai Dinding, Sitiawan , semalam.

Mangsa, Muhammad Zaffan Baharuldin, 27, dipercayai sedang mandi dan berenang di sungai yang difahamkan berada di kawasan kampus tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd. Zaki Zainol berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7 malam sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mangsa masih lagi belum ditemui dan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara pencarian di permukaan air.

“Operasi membabitkan dua bot sejak malam tadi di kawasan mangsa dikatakan tenggelam.

“SAR pagi ini turut membabitkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pulau Pangkor yang akan membuat selaman di lokasi kejadian,” katanya.

Difahamkan, sehingga tengah hari tadi, mangsa masih belum ditemui. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini