Pelawak cederakan dua wanita dihukum empat tahun penjara - Utusan Malaysia

Pelawak cederakan dua wanita dihukum empat tahun penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA 6 April- Seorang pelawak dihukum empat tahun tiga bulan penjara selepas didapati bersalah mendera dua orang wanita, di sini.

Mahkamah Sheriff Airdie menjatuhkan hukuman itu kepada John David McDade, 37, semalam.

Mahkamah turut mengarahkan McDade untuk tidak menghubungi mangsa selama 20 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam insiden antara Disember 2011 hingga Januari 2014, lelaki tersebut didakwa menculik Leigh McDiarmid dan mengurung wanita itu di kediamannya serta mengasari mangsa dengan mencekik nya.

Pada masa sama, McDade, juga didapati bersalah mencederakan Rhea Jack, 29, dengan mencurah air panas ke mukanya selain membelasah wanita berkenaan antara September 2014 hingga Ogos 2016.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini