Hariff idam menang peringkat - Utusan Malaysia

Hariff idam menang peringkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Selepas meraih lima kedudukan podium dalam sembilan penampilan pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL), Mohamed Harrif Salleh kini mengidamkan kejuaraan peringkat pada edisi kali ini.

Pelumba berpengalaman berusia 30 tahun mewakili pasukan Terengganu Inc-TSG Cycling Team itu, tekad mengerahkan segala kudrat bagi memastikan impiannya tercapai pada LTdL kali ini, yang akan membuka tirai menerusi laluan sejauh 176.9km dari KLCC ke Tampin, esok.

“Saya akan berlumba bermati-matian tahun ini kerana belum pernah menang mana-mana peringkat sepanjang penyertaan pada LTdL walaupun pernah meraih kedudukan podium.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan ketiadaan pasukan Jelajah Profesional Dunia (Pro Tour), saya rasa peluang saya cerah kali ini,” katanya dalam sidang akhbar menje­lang LTdL 2019 di sini, hari ini.

Hariff pernah meraih tempat ketiga pada peringkat keempat dan keenam tahun lepas, selain tempat kedua (peringkat 8) dan ketiga (peringkat 4) pada edisi 2012 serta kedudukan ketiga (peringkat 1) pada 2011. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini