SAO PAULO 5 April – Polis menembak mati 11 penjenayah ketika cuba untuk meletupkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dua kawasan berasingan di bandar raya itu, semalam.
Sekretariat Keselamatan Awam Sao Paulo dalam satu kenyataan di sini hari ini mengesahkan dua daripada penjenayah itu turut berjaya diberkas polis.
“Tiada anggota polis yang cedera dalam kejadian ini,” katanya lagi.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Ketua Polis Sao Paulo, Alvaro Batista Camilo berkata, salah sebuah daripada mesin ATM itu terletak betul-betul bersebelahan balai polis. -REUTERS











