CHRISTCHURCH 5 April – Hakim Mahkamah Tinggi Christchurch, Cameron Mander mengarahkan Brenton Tarrant yang dituduh melakukan serangan di dua buah masjid dekat sini pada 15 Mac lalu, menjalani pemeriksaan kesihatan mental.
Tarrant, 28, berdepan 50 tuduhan membunuh dan 39 cubaan bunuh.
Warga Australia itu akan diperiksa oleh dua penilai kesihatan bagi memastikan ‘sama ada tertuduh berada dalam keadaan sihat untuk berdepan perbicaraan atau tidak siuman’.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perkara itu ditegaskan oleh Mander di mahkamah hari ini.
Tarrant muncul menerusi pautan video dari Auckland, lokasi tertuduh dipenjarakan dengan kawalan keselamatan maksimum. – AFP











