Daniel selamat jalani pembedahan - Utusan Malaysia

Daniel selamat jalani pembedahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 4 April – Muhamad Arshad Daniel Halim, 12, atau Daniel yang menghidap penyakit ketumbuhan misteri selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, malam tadi.

Ibunya, Zariah Wahab, 39, berkata, keadaan Daniel stabil dan memberi reaksi positif selepas anak ketiga daripada lima beradik itu menjalani pembedahan, kira-kira pukul 2 petang, semalam.

Dia yang tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil berkata, anaknya itu dimasukan ke hospital berkenaan pada Isnin lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembedahan itu mengambil masa hampir 10 jam sebelum Daniel keluar dari bilik pembedahan pada pukul 12 malam.

“Melihat kepada keadaannya, Daniel sudah stabil dan perlu ditahan di wad untuk rawatan susulan,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zariah berkata, doktor menasihatkan Daniel supaya tidur dalam keadaan meniarap selama sebulan selepas dia selesai menjalani pembedahan itu.

“Saya bersyukur apabila pembedahan sudah berjaya dilakukan. Daniel sudah sedar dan menangis kegembiraan apabila pembedahannya dilakukan dengan selamat.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan pembedahan ini serta mendoakan kesihatan Daniel pulih seperti sedia kala ,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, akhbar ini melaporkan kisah Daniel yang menanggung derita penyakit ketumbuhan misteri sejak lahir.

Sejak sebulan lalu, penyakit ketumbuhan di belakang pinggangnya semakin serius apabila semakin membesar dan keluar darah.

Ketumbuhan sebesar mang­kuk seberat 500 gram itu menghalang Daniel untuk ke sekolah apabila dia mengadu sakit serta sukar untuk memakai seluar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini