PRK Rantau: Streram optimis 70 peratus pengundi pulang mengundi - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Streram optimis 70 peratus pengundi pulang mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau, Dr S. Streram optimis 70 peratus daripada pengundi yang berada di perantauan pulang mengundi pada 13 April ini.

Streram berkata, terdapat kira-kira 30 peratus daripada 20,926 pemilih yang layak mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau tinggal di luar kawasan.

“Kita ada banyak strategi dan ada pasukan khas yang menghubungi pengundi-pengundi luar untuk pulang mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mulakan strategi ini sejak dua minggu lepas dan mengingatkan mereka supaya menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya kepada pemberita selepas aktiviti gotong-royong bersama penduduk dan penghuni Penjara Negeri Sembilan di Kampung Siliau di sini hari ini.

Bagi DUN Rantau ini, sebanyak 20,926 pemilih layak mengundi bagi PRK tersebut mengikut daftar pemilih induk tahun 2018 yang dikemas kini sehingga 25 Feb 2019.

Daripada jumlah itu, seramai 20,804 pengundi biasa, 118 pengundi awal dan empat orang pengundi luar negara. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini