JAKARTA 4 April – Penurunan harga tiket penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan di negara ini dilihat tidak memberikan kesan yang signifikan.
BBC Indonesia melaporkan, salah seorang yang sering menggunakan perkhidmatan udara adalah Victorio Catra.
Dia masih memilih terbang dengan transit di Singapura atau Kuala Lumpur untuk berlepas dari Sumatera ke Jakarta atau Surabaya dan sebaliknya.
Menurut Catra, harga transit berkenaan lebih murah berbanding penerbangan terus.
“Baru-baru ini, saya mencari tiket untuk saudara saya pulang ke Pekanbaru dari Jakarta. Itu lebih murah kalau transit terlebih dahulu di Kuala Lumpur berbanding dari Jakarta langsung ke Pekanbaru,” jelasnya.
Jelasnya, meski sudah ada penurunan harga tiket daripada pelbagai syarikat penerbangan, namun itu tidak signifikan.











