LONDON – Seorang bapa dari Jepun membeli sebutir berlian seberat 88.22 karat pada harga £10.6 juta (RM56.8 juta) untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Lelaki yang tidak didedahkan identitinya menamakan berlian itu sebagai Manami Star sempena nama anak perempuannya. Dia memenangi bidaan batu permata itu pada acara lelongan Permata dan Jadeit di Hong Kong kelmarin.
Berlian Manami adalah satu daripada tiga batu permata bujur lebih 50 karat dilelong pada acara berkenaan. Berlian itu merupakan sebahagian daripada subkumpulan yang dikenali sebagai Type IIa iaitu tiada atau rendah peratusan kandungan atom nitrogen.
Berita berkaitan:
Ketua Pegawai Eksekutif Le Vian, Eddie LeVian menyatakan berlian itu dijual oleh firma lelongan Sotheby merupakan antara batu permata terbesar dengan potongan paling kemas.
Acara sama menyaksikan sebanyak 200 barangan termasuk berlian putih, berlian berwarna, pelbagai permata dan barangan kemas dilelong di Pusat Pameran dan Konvensyen Hong Kong. – Agensi











