BEIJING 3 April – Polis telah menahan tiga suspek yang dikaitkan dengan letupan kilang kimia yang mengorbankan 78 nyawa dan ratusan cedera di China, menurut pihak berkuasa tempatan hari ini.
Kerajaan Yancheng dalam kenyataan berkata, tiga pekerja daripada Jiangsu Tianjiayi Chemical mempunyai ‘tanggungjawab signifikan’ dalam kemalangan itu.
“Suspek ditahan mengikut ‘tindakan berkaitan jenayah’ menjadi terma meluas bagi tahanan, menahan atau diletakkan dibawah tahanan sehingga polis menyiapkan siasatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kejadian itu menjadi salah satu kemalangan industri yang terburuk di negara sejak beberapa tahun lalu. – AFP











