Jho Low boleh datang sini - Utusan Malaysia

Jho Low boleh datang sini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir mencabar ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low untuk kembali ke Malaysia dan memberikan kenyataan tentang kapal layar mewah, Equanimity di mahkamah.


Ia susulan dakwaan Jho Low bahawa kegagalan kerajaan menjual Equanimity dengan harga yang sepatutnya mencerminkan kelemahan pentadbiran kerajaan di bawah pimpinan Dr. Mahathir.


“Dia boleh ke sini dan buat tuduhan itu di sini. Saya akan masuk ke mahkamah dan pertahankan keputusan saya,” katanya.


Memuatkan artikel berkaitan…

Kapal layar yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dilaporkan telah dijual kepada Genting Malaysia Berhad dengan harga RM514.4 juta, kira-kira separuh daripada harga asalnya.


Sementara itu, mengulas dakwaan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tentang penglibatan anggota unit Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes kehilangan paderi, Raymond Koh Keng Joo dan aktivis, Amri Che Mat, Dr. Mahathir berkata, kerajaan akan mempertimbangkan untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk menyiasat perkara itu.


Walau bagaimanapun, tegas beliau, bukti yang kukuh perlulah ditampilkan supaya dakwaan tersebut boleh dianggap berasas untuk disiasat.

“Harus diingat, perkara ini tidak berlaku dalam pentadbiran kerajaan sekarang, ia berlaku dalam pentadbiran kerajaan dahulu.


“Banyak perkara yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu disembunyikan daripada kami dan rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini