Calon Bebas buat laporan polis tidak dapat berceramah - Utusan Malaysia

Calon Bebas buat laporan polis tidak dapat berceramah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 3 April – Calon Bebas, R. Malarvizhi mendakwa permit ceramahnya di Dataran Rantau di sini malam ini dibatalkan oleh pihak polis kerana Pakatan Harapan (PH) mahu mengadakan program di kawasan itu.

R. MALARVIZHI


Suri rumah berusia 51 tahun itu mendakwa, beliau telah membuat permohonan permit ceramah tersebut semalam dan dimaklumkan oleh pihak polis pagi tadi ia telah diluluskan.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya diberitahu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban pagi ini bahawa permit ceramah saya di Dataran Rantau malam ini telah diluluskan.

“Kemudian pagi tadi saya nampak petugas PH memasang rangka khemah di lokasi itu. Bila saya mahu ambil permit saya di IPD Seremban kira-kira pukul 2 petang, saya diberitahu permit tidak diluluskan,” dakwanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, beliau tidak berpuas hati dengan perkara itu dan membuat laporan polis di IPD Seremban pada pukul 4.20 petang tadi.


Jurucakap media Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK DUN Rantau, Deputi Superintenden Ahmad Jamaludin mengesahkan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh wanita itu.


Beliau menjelaskan, PH turut memohon permit di lokasi sama dan permit diberikan kepada PH kerana mereka telah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendirikan khemah di situ.


“Oleh itu kami menasihatkan beliau supaya memilih tempat lain untuk mengelakkan pertembungan dan permohonan permitnya di lokasi lain telah diluluskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini