MED pantau program keusahawanan setiap kementerian - Utusan Malaysia

MED pantau program keusahawanan setiap kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) akan memantau program keusahawanan yang dilaksanakan pelbagai kementerian bagi mengenal pasti tahap perkembangan sebenar bidang berkenaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata, langkah itu bertujuan mendapatkan gambaran yang lebih komprehensif menerusi data yang ada mengenai pencapaian program-program keusahawanan yang dilaksanakan agensi kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, kebanyakan kementerian mempunyai program keusahawanan dan tiada halangan untuk mereka melaksanakannya, namun impak program tersebut termasuk dari segi jumlah usahawan yang dibangunkan dalam industri atau jumlah jualan perlu diberi perhatian.

“Kita (MED) akan mengumpulkan data tersebut supaya dapat melihat data bersepadu memandangkan tiada agensi khusus yang memantau tugas itu secara menyeluruh.

“Oleh itu, sudah menjadi tugas MED sekarang untuk memantau perkembangan sebenar industri keusahawanan dari tahun ke tahun,” katanya dalam sidang akhbar majlis pra-pelancaran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (Tube) 6.0 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini