Satukan industri halal, pembiayaan perdagangan Islam - Utusan Malaysia

Satukan industri halal, pembiayaan perdagangan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Industri halal dan pembiayaan perdagangan Islam perlu disatukan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan Islam global.

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Maybank Islamik, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti berkata, kerajaan perlu memain peranan mereka dan mengkaji perkara tersebut dengan mendalam termasuk terlibat sama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan.

Kata beliau, terdapat keperluan mendesak untuk mencapai dasar yang tepat dalam menyokong penyatuan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Potensinya sangat jelas bahawa terdapat peluang besar dalam industri halal dan kewangan perdagangan Islam memandangkan hanya 1.5 peratus sumbangan perdagangan Islam di seluruh dunia pada 2016,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Halal Dunia ke-11 (WHC) 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini