MCA kesal SPR bersikap seperti 'profesor' - Utusan Malaysia

MCA kesal SPR bersikap seperti ‘profesor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 3 April – MCA menyatakan rasa kesal dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bersikap akademik atau secara sinisnya ‘profesor’ berbanding tugas sebagai penguat kuasa utama perjalanan pilihan raya.

Ketua Biro Kempen Masyarakat Sivik MCA, Ng Kian Nam berkata, parti itu tidak melihat sebarang hasil siasatan atau tindakan terhadap pelbagai aduan salah laku dalam enam pilihan raya kecil (PRK) lalu termasuk Parlimen Port Dickson dan Cameron Highlands.

Dalam PRK Rantau, katanya, ada aduan edaran kupon makanan percuma oleh Ahli Parlimen Miri, Dr. Michael Teo Yu Keng dan lawatan Ahli Exco negeri ini, Ismail Ahmad ke pusat orang kurang upaya (OKU) dalam DUN Rantau, semalam

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga mendapat hantaran video satu majlis yang mempunyai hadiah cabutan bertuah yang didakwa berlaku di pekan Rantau malam tadi.

“Di bawah Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya, SPR boleh menasihatkan Peguam Negara untuk mendakwa mereka yang melakukan kesalahan ini termasuk pengundi atau calon yang bertanding,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan MCA DUN Rantau di sini hari ini.

Berikutan itu, tambah beliau, SPR perlu menetapkan peraturan baharu untuk PRK yang berbeza daripada Pilihan Raya Umum (PRU).

Kian Nam berkata, ia penting bagi mengelak banyak perkara kabur di bawah akta sedia ada.

“Ini kerana PRK bukan bertujuan memilih kerajaan baharu. Jadi tidak wujud apa yang dikenali ‘caretaker government’. Ia dapat menjelaskan sama ada jentera kerajaan dan kereta rasmi boleh digunakan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini