RM100 juta selesaikan masalah air di Pulau Redang - Utusan Malaysia

RM100 juta selesaikan masalah air di Pulau Redang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 3 April – Kerajaan negeri memerlukan sebanyak RM100 juta bagi menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di Pulau Redang berikutan paip utamanya yang sering pecah.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, setakat tahun ini paip yang berusia lebih 20 tahun itu sudah lima kali pecah dengan kos baik pulih setiap satunya mencecah RM50,000.

“Ada beberapa syarikat telah menjalankan kajian mengenai kos untuk mengganti paip air itu dan mereka menganggarkan jumlah sebanyak RM100 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ada juga cadangan untuk memproses air laut sebagai air bersih namun ia masih belum diperincikan,” katanya kepada pemberita selepas sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Bazlan Abdul Rahman (BN-Batu Rakit) menimbulkan permasalahan yang sering berlaku di Pulau Redang dan berharap masalah itu diselesaikan segera kerana memberi impak negatif memandangkan pulau peranginan itu adalah antara lokasi pelancongan terkenal dalam kalangan pelancong.

Mamad memberitahu, masalah itu telah dikemukakan kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar semasa berkunjung ke Terengganu semalam dan beliau berjanji akan mencari penyelesaian terbaik berhubung masalah tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini