MANILA 3 April – Ribuan kanak-kanak Filipina yang menjadi mangsa penganiayaan seksual dibantu menerusi kempen bela diri ‘ Lawan untuk Melindungi’ yang memberikan harapan baharu.
Bintang bela diri, Meggie Ochoa mengajar mangsa dengan bela diri yang memberikan mereka alat untuk kembali pulih daripada trauma disamping dapat melindungi diri pada masa depan.
“Sesetengah kanak-kanak ini yang saya kenali, melihat diri mereka sebagai tidak bernilai kerana pengalaman yang dialami.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Bagi saya ia sangat menyayat hati,” jelas juara Jiu-jitsu dunia itu.
Badan kebajikan kanak-kanak melabelkan Filipina sebagai hub utama bagi penstriman langsung penganiayaan seksual kanak-kanak dan pelancongan seks dianggarkan melibatkan 60,000 hingga 100,000 orang. – AFP











