[VIDEO] Aishah, Nora dan Alif Nasir dalam Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

[VIDEO] Aishah, Nora dan Alif Nasir dalam Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Detik masa yang membezakan lakaran di atas kanvas seni Aishah, Nora dan Alif Nasir (Kenny G Malaysia) dan masa jugalah yang mempertemukan ketiga-tiga insan seni ini di atas satu pentas persembahanyang bakal meninggalkan kenangan paling manis kepada para peminat apabila mereka beraksi di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan pada 25 April ini.

Malam ini, ketiga-tiga insan seni ini diundang sebagai selebriti jemputan segmen bual santai mingguan, Jom Chat selama satu jam iaitu bermula pada pukul 9 malam sehingga 10 malam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bukan semata-mata membicarakan tentang persembahan mereka sempena Minggu Setiausaha, Spectacular Secretaries’ Week Luncheon 2019, pengalaman sebagai penyanyi dalam kategori tersendiri menjadi antara topik perbualan Aishah dan Nora.

Untuk rekod, dari sudut penyertaan Aishah dan Nora dalam program realiti televisyen, Nora pernah menyertai program berkenaan pada tahun 2016 manakala Aishah, tahun berikutnya.

Biarpun perjalanan Nora dan Aishah berbeza ketika menyertai program realiti televisyen itu, kehadiran mereka berjaya menaikkan rating penonton yang saban minggu menunggu untuk melihat persembahan dua penyanyi wanita popular ini.

Sementara bagi peniup saksafon, Alif Nasir, beliau adalah’adik bongsu’ bagi dua orang ‘kakak’ (Aishah dan Nora) di pentas Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses yang gigih menjalani liku-liku kehidupansebagai pemuzik.

Berbelas tahun bermain saksafon, Alif mengakui sudah tiba masanya beliau keluar dari kepompong dunianya yang tersendiri dan menunjukkan kemampuan sebenar dirinya sebagai seorang pemuzik yang berwibawa.

Walaupun Alif tidak pernah menolak sebarang undangan untuk mengadakan apa jua bentuk persembahan termasuk majlis perkahwinan, persembahan makan tengah hari sempena Minggu Setiausaha pada 25 April ini adalah suatu detik yang dinanti-nantikannya.

Bagi para peminat Aishah dan Nora serta Alif, daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan tonton secara live, Jom Chat yang dihoskan oleh Apak malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini