MOSCOW 3 April – Rusia berharap agar peralihan kuasa di Algeria dibuat tanpa ‘campur tangan’ negara luar selepas Presiden Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan ketika berhadapan protes jalanan besar-besaran semalam.
Menurut Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, mereka menjangkakan proses dalaman yang berlaku di negara tersebut adalah eksklusif hal ehwal dalaman Algeria.
“Ia akan berjalan tanpa campur tangan mana-mana negara ketiga.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Rusia mempunyai manfaat bersama, hubungan persahabatan dijalin yang mana banyak projek disertai dalam kegiatan ekonomi,” katanya. – AFP











