Jin Wei ke pusingan kedua Terbuka Malaysia - Utusan Malaysia

Jin Wei ke pusingan kedua Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei berjaya melepasi pusingan awal selepas mengetepikan cabaran pemain Thailand, Nithcaon Jindapol untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Malaysia, hari ini.

Pemain berusia 19 tahun itu menewaskan Nitchaon 21-13, 21-12 dan berkemungkinan akan berdepan cabaran pilihan kelapan dari India Saina Nehwal esok.

Jin Wei berkata, pertemuan menentang Nitchaon bukan sesuatu yang mudah kerana pukulan yang dilakukannya agak mengelirukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan saya juga semakin baik dan tiada sebarang kecederaan.

“Saya berharap boleh bermain dengan baik dalam kejohanan ini dan kali ini saya tidak menetapkan sebarang sasaran khusus kerana kejohanan ini bertaraf Super 750, standard permainan lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini