Kanak-kanak 4 tahun nyaris diculik - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 4 tahun nyaris diculik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Seorang kanak-kanak lelaki nyaris diculik seorang penunggang motosikal di kawasan meletak kenderaan di Taman Laksamana Permai, Selayang, dekat sini semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 4.50 petang ketika kanak-kanak berusia empat tahun itu turun dari kereta selepas ibu mangsa berusia 24 tahun meletakkan kenderaan di kawasan perumahan tersebut.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, ketika mangsa keluar dari kereta, seorang penunggang motosikal yang menunggu di belakang kereta secara tiba-tiba memegang tangan mangsa seterusnya cuba menarik kanak-kanak itu naik ke atas motosikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, ibu mangsa yang menyedari kejadian itu terus menjerit memanggil nama anaknya dan membuatkan suspek beredar dari lokasi kejadian.

“Wanita itu kemudian memaklumkan kejadian itu kepada abangnya yang berada berdekatan lalu abangnya bertindak mengejar suspek dengan menaiki motosikal sehingga suspek berjaya ditahan.

“Suspek seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan sedang dijalankan dan suspek kini direman empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan kerana menculik.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini