'Tak usah cerita MAS, cerita AirAsia sahaja' - Utusan Malaysia

‘Tak usah cerita MAS, cerita AirAsia sahaja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Kehadiran Tan Sri Rafidah Aziz ke Parlimen hari ini tiada kena mengena dengan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjual Malaysia Airlines Bhd. (MAS).

Anggota Majlis Tindakan Ekonomi yang enggan mengulas lanjut itu berkata, kehadirannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tony Fernandez itu hanya mengadakan perbincangan secara tertutup.

Beliau yang juga Pengerusi AirAsia X turut enggan mendedahkan pihak yang terlibat dalam perbincangan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tak usah cerita MAS, kita cerita AirAsia sahaja. Tidak, tidak, jangan cakap mengenai MAS dengan saya.

“AirAsia tiada kaitan dengan MAS, adik beradik pun tidak. Tak payah nasihat orang, pandai-pandai itu,” katanya kepada pemberita selepas dua jam berada di bangunan tersebut.

Pada 27 Mac lalu, Tony memberitahu AirAsia tidak berminat untuk mengambil alih operasi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menerima cadangan supaya MAS ditutup.

Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Ahli Parlimen Selayang dan Kuala Kangsar turut menyambut baik penjualan kapal mewah Equanimity hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, urusan jual beli kapal itu bukan urusannya.

“Itu bukan urusan kita, itu urusan pihak yang ditugaskan. Saya bukan dalam kerajaan,” katanya.

Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini dalam satu kenyataan berkata, kapal mewah Equanimity akan dijual kepada Genting Malaysia Berhad atau syarikat tujuan khas (SPV) milik Genting. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini