Tiket ETS, KTM Intercity sempena Aidilfitri mula dijual 10 April ini - Utusan Malaysia

Tiket ETS, KTM Intercity sempena Aidilfitri mula dijual 10 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Tiket Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity bagi perjalanan bermula 1 Mei hingga 16 Jun 2019 sempena perayaan Aidilfitri akan mula dijual pukul 8.30 pada 10 April.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan berkata, perkhidmatan ETS menawarkan sebanyak 36 perjalanan sehari sementara 49 perjalanan kereta api pula melibatkan KTM Intercity.

“Usaha tersebut adalah bagi menampung permintaan tinggi sempena musim cuti perayaan. Tiket boleh dibeli secara online melalui laman web www.ktmb.com.my atau aplikasi telefon pintar, KTM MobTicket serta di kaunter tiket KTMB.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jualan bagi tiket perkhidmatan tren shuttle Tebrau (JB Sentral-Woodlands-JB Sentral) kekal seperti biasa,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman web rasmi KTMB www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB (03-2267 1200) yang beroperasi 24 jam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini