Akmal perlu jadi diri sendiri, turun padang - Utusan Malaysia

Akmal perlu jadi diri sendiri, turun padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 April – Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir digesa agar menjadi dirinya sendiri dan bukan bertindak dengan mengikut tunjuk ajar mentornya iaitu Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga dinasihati agar lebih kerap turun padang di kawasan Parlimennya.

“Ramai pihak mengadu kehilangan YB (Yang Berhormat) Parlimen JB (Johor Bahru) di kawasan, mandat telah diberi apa lagi tunggu? Adakah masih menunggu arahan mentor?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dakwaan Akmal bahawa kerajaan PH (Pakatan Harapan) lebih berminat dengan skim yang membantu rakyat juga satu tindakan kurang berakal kerana ramai menteri memainkan isu yang tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini