KUALA LUMPUR 3 April – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengadakan pertandingan video pendek bertemakan Jom Jimat Air! sempena kempen Konservasi Air dan Sambutan Hari Air Sedunia 2019 bermula 5 April ini selama tiga bulan.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata,
penyertaan dibuka kepada semua warga Malaysia dan maklumat lanjut mengenai boleh diperolehi dari laman Facebook rasmi agensi itu bermula esok.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Kami mensasarkan penyertaan daripada pelbagai peringkat umur dan objektif pertandingan ini adalah untuk menarik minat orang ramai untuk sama-sama berkongsi karya yang boleh dijadikan inspirasi penjimatan air,” katanya selepas merasmikan kempen Konservasi Air SPAN di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











