LPQB perlu beri keutamaan kepada USIM - Utusan Malaysia

LPQB perlu beri keutamaan kepada USIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Kementerian Pendidikan memohon supaya Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang Malaysia (LPQB) memberikan keutamaan kepada masalah yang dihadapi graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihak FSU USIM telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan, namun masih belum ada tindakan susulan mahupun perbincangan daripada LPQB.

“Lawatan pihak LPQB pada 2017 telah meminta FSU USIM untuk mengadakan kursus tambahan selama enam bulan bagi empat kursus kepada pelajar-pelajar yang bergraduasi pada 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Masalah timbul kerana sehingga kini LPQB masih belum memutuskan tarikh kursus tambahan berkenaan perlu bermula. Pihak FSU USIM telah mengemukakan semua dokumen yang diperlukan malah perkara berkaitan ini juga tidak dimasukkan dalam mesyuarat LPQB yang bersidang awal Mac lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nama LPQB disebut-sebut setelah Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai lembaga itu mengumumkan Sijil Amalan Guaman (CLP) akan menerima pakai kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahap ‘Senior Middle 3’ bermula 1 Januari 2021 selepas melakukan perbinca­ngan dengan beberapa pihak.

Exco Biro Akademik dan Mahasiswa Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin mempertikaikan perkara tersebut kerana menurut beliau, adalah lebih penting untuk LPQB mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang USIM terlebih dahulu.

Sehubungan itu, Maszlee memohon supaya LPQB segera melihat isu tersebut dan memberikan kelulusan sewajarnya bagi membolehkan pelajar-pelajat terlibat dapat mengikuti pengajian dengan teratur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini