Suami isteri didakwa jual Android Box - Utusan Malaysia

Suami isteri didakwa jual Android Box

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 2 April – Sepasang suami isteri dan syarikat mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual Android Box yang tidak mematuhi piawaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Oktober tahun lalu.

Pengarah syarikat, Chen Kai Yi, 39, dan isterinya, Yeak Wak Ying, 33, sebagai pengarah pemasaran Syarikat LC Marke­ting Networking Media Sdn. Bhd. membuat pengakuan ter­sebut selepas pertuduhan ke atas mereka selesai dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Berdasarkan pertuduhan, me­reka didapati memiliki 79 unit Android TV Box pelbagai jenama dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui, sebagaimana dikehendaki Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Stan­dard Teknik) 2000 di F04, Digital Mall, No.2, Jalan 14/20, Seksyen 14, di sini, pukul 12.30 tengah hari, 2 Oktober 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 244 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dibaca bersama Peraturan 16(1)(b) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 dan Peraturan 16(3) yang boleh dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Pengarah Jabatan Pendakwaan SKMM, Mohd. Sophian Zakaria menawarkan jaminan masing-masing RM10,000 kepada setiap pengarah dengan seorang penjamin dan memohon kesemua tertuduh dibicarakan bersama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini