Tiga tentera Pakistan maut di Kashmir - Utusan Malaysia

Tiga tentera Pakistan maut di Kashmir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 2 April – Pakistan mendakwa pasukan tentera India melancarkan serangan terhadap kedudukan tentera negara ini di wilayah Kashmir, menyebabkan tiga anggota tentera terbunuh dan seorang cedera.

Sehubungan itu, Pakistan membalas serangan tersebut yang berlaku di pekan Rakhchakiri di wilayah Kashmir yang dikawal negara ini.

Arab News melaporkan, tiada sebarang kenyataan dari New Delhi setakat ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hubungan tegang antara Pakistan dan India memuncak selepas berlaku insiden pengebom bunuh diri daerah Pulwana iaitu di selatan Kashmir yang ditadbir oleh India pada Februari lalu, menyaksikan 42 anggota tentera negara itu terbunuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini