Klopp puji ‘pemain ke-12’ - Utusan Malaysia

Klopp puji ‘pemain ke-12’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 1 April – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bangga dengan sokongan diberikan oleh ‘pemain ke-12’ pasukan itu yang menjadi inspirasi kepada kemenangan 2-1 ke atas Tottenham sekali gus melonjakkan semula kedudukan mereka ke puncak Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan tersebut Klopp kagum dengan semangat dipamerkan oleh penyokong di Anfield selepas mereka dikecewakan oleh gol Lucas Moura yang menafikan jaringan pembukaan Roberto Firmino.

Reds mengesahkan ke­menangan selepas jaringan sendiri Toby Alderweireld pada minit ke-90 ketika cuba mengeluarkan bola tandukan Moha­med Salah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika perlawanan terikat 1-1, penonton telah memberikan segala-galanya untuk pasukan ini, malah, ketika kami dibolosi, mereka terus memberikan sokongan dan yakin dengan kebolehan pasukan untuk mencari gol kemenangan.

“Kita semua adalah manusia dan kami memulakan misi ini sembilan bulan yang lalu bagi mengejar dua kejohanan utama. Kami melakukannya dengan cara kami, malah, pemain-pemain telah mempamerkan peningkatan.

“Sebelum ini, kami perlu mencari jalan untuk meme­nangi perlawanan, bukan itu sahaja pemain-pemain juga be­kerja keras untuk memastikan kami berada di puncak selepas berakhir saingan liga musim ini,” kata Klopp.

Dalam pada itu, Klopp mahu semua pemain mengekalkan prestasi semasa mereka menje­lang aksi akan datang.

“Kami akan bertemu Southampton, mereka berada dalam prestasi yang baik. Sudah tentu kami akan cuba mencari kemenangan dalam perlawanan tersebut,” kata Klopp. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini