Tidak ganjil Abdul Hadi keluar kenyataan Yahudi - Utusan Malaysia

Tidak ganjil Abdul Hadi keluar kenyataan Yahudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Bukan sesuatu yang ganjil apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka yang membantah kerjasama parti itu dan UMNO sebagai Yahudi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu tidak perlu diulas lanjut.

“Siapa yang kata begitu? Jika Abdul Hadi, okey. Cukuplah satu perkataan itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah), Hanipa Maidin berkata, beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan bekas Presidennya itu.

“Kalau Pas cakap begitu saya tak terperanjatlah, kalau Pas (kenyataan) ini saya tak terperanjat langsung, yahudi, bohong boleh semua.

“Bagi saya Pas ini setiap hari kamu akan dapat ‘new unquote fatwa’ sebab itu saya pernah gelar Pas ini parti suci sebab isu-isu agama mereka seorang sahaja boleh cakap,” katanya.

Semalam, Abdul Hadi ketika program Pidato Himpunan Ummah Selangor di Sabak Bernam berkata, tindakan membantah itu sama dengan sikap orang Yahudi yang menentang usaha Nabi Muhammad SAW menyatukan umat Islam.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Abdul Hadi menegaskan kedua-dua parti kini bekerjasama bagi menyelamatkan negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini