Penjara 7 tahun, satu sebatan kerana merompak - Utusan Malaysia

Penjara 7 tahun, satu sebatan kerana merompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 1 April – Seorang bekas pekerja kilang dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata parang tahun lalu.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Izulhelmie Ismail, 22, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.

Tertuduh diarahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 23 Ogos 2018.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Izulhelmie didakwa bersama seorang rakannya yang sudah meninggal dunia melakukan rompakan bersenjatakan parang terhadap Syed Abdullah Syed Ali Alsagoff, 48, dengan mengambil telefon bimbit berjenama Iphone dan Oppo bernilai RM4,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kedai makan bersebelahan stesen minyak di lebuh raya Machang pada pukul 8 malam, 31 Januari 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Firdaus Zainal Abidin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini