Disangka sampah rupanya mayat - Utusan Malaysia

Disangka sampah rupanya mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Seorang pekerja pembersihan terkejut apabila bungkusan plastik hitam yang disangkakan sampah rupa-rupanya mengandungi mayat dalam kejadian di Seksyen 1, Bandar Kinrara dekat Puchong hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi itu, mayat yang belum dikenal pasti jantinanya itu diletakkan di tepi sebuah kedai di hadapan sebuah sekolah.

“Kita percaya mayat tersebut merupakan seorang dewasa, dan ia ditemukan dalam keadaan dibungkus dalam plastik jernih dan kain selimut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pasukan Forensik Selangor telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut dan mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambah Ismadi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini