SK Marian Convent dilanda ribut - Utusan Malaysia

SK Marian Convent dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 1 April – Sebanyak 180 murid dari empat buah kelas darjah enam dan dua kelas darjah empat terpaksa memulakan kembali sesi persekolahan pada hari ini di luar bilik darjah ekoran ribut yang melanda Sekolah Kebangsaan (SK) Marian Convent di sini semalam.

Sebahagian besar daripada pelajar tersebut dipindahkan ke dewan sekolah sementara ada yang menumpang di beberapa bilik khas termasuk bilik pusat sumber, bilik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kantin serta surau sekolah.

Guru Besarnya, Datin Fauziah Abdul Samat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan, sebaliknya kerosakan teruk pada bumbung sebuah blok sekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, selain bumbung tercabut, kerosakan lain turut menjejaskan pendawaian elektrik serta perabot sekolah ekoran kelas terbabit turut digenangi air.

“Sekolah ini mempunyai dua sesi iaitu pagi dan petang tetapi pembelajaran berjalan seperti biasa. Disebabkan tidak mahu pelajar sejuk duduk di atas lantai, kita telah mengangkat meja dan kerusi untuk dibawa masuk ke dalam dewan.

“Kita juga telah mengeluarkan buku-buku teks dan latihan yang telah basah disimpan dalam bilik darjah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen turun padang meninjau sekolah berkenaan di sini hari ini. -.UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini