Jihad bukan perang tapi perjuangan - Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Jihad bukan perang tapi perjuangan – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Kerjasama UMNO dan Pas merupakan jihad dalam memperjuangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

Tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, konteks jihad itu bukan sama sekali mengisytiharkan perang terhadap mana-mana kumpulan kaum atau agama lain di negara ini.

“Jihad itu perjuangan, ia tiada kaitan dengan perang. Segelintir orang ingat perang menentang pihak lain. Bukan, jihad adalah perjuangan. Perjuangan dalam ekonomi dan pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Misalnya ketika saya menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengumumkan jihad menentang orang tengah, tapi bukan tembaknya sampai mati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Menteri Pendidikan pernah menggunakan istilah jihad.

“Beliau mengisytiharkan juga mengenai jihad pendidikan, sekarang tak tahu lah mungkin beliau anggap jihad itu ekstrem ke apa, tak pasti,” katanya.

The Malaysian Insight hari ini melaporkan Ismail Sabri berkata perjuangan Pas dan UMNO merupakan jihad untuk menumbangkan kerajaan anti-Islam kepada kerajaan Melayu dan Islam.

Susulan daripada itu, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Naib Presiden UMNO itu supaya menarik balik kenyataan itu dalam tempoh 24 jam, sekiranya gagal akan menggesa polis mengambil tindakan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini