Maritim Malaysia tahan 8 termasuk 3 tekong tempatan - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan 8 termasuk 3 tekong tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Lahad Datu menahan tiga buah bot yang disyaki melanggar syarat lesen perikanan di kedudukan kira-kira satu kilometer utara Pulau Kerok, Kunak, Sabah semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Maritim Muhammad Zarif Mat Yunus berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.22 pagi itu, kru ketiga-tiga bot tersebut sedang leka menangkap ikan.

“Kita turut menahan lima kru bot yang merupakan warganegara Filipina serta tiga tekong warga tempatan berusia antara 21 hingga 53 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua tekong bot dan awak-awak tersebut mengemukakan lesen bot serta dokumen pengenalan diri yang sah, namun mereka tetap dibawa ke Jeti Perikanan Lahad Datu untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Muhammad Zarif, mengikut Akta Perikanan 1985, semua bot perlu menangkap ikan di jarak 5.5 kilometer dari daratan yang jika disabitkan kesalahan pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda maksima RM 1,000.

“Tangkapan ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah pencegahan kepada pelanggaran Akta Perikanan 1985 di laut.

“Maritim Malaysia akan terus menggandakan usaha bagi mencegah berlakunya sebarang kejadian di laut serta dengan sedaya upaya mengekang pencerobohan bot nelayan asing terutama di perairan Sabah khususnya daripada menghantui komuniti maritim setempat,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini