KUALA LUMPUR 1 April – Restoran Rebung amat sinonim dengan tekak penduduk sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur kerana masakan yang dihidangkan oleh Datuk Chef Ismail amat menepati selera kita.
Sempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak pada bulan Mei depan, Restoran Rebung bukan sahaja menyenaraikan menunya yang panjang tetapi harga yang dikenakan untk berbuka puasa relatif murah.
“Konsep kita tetap sama dengan hidangan masakan Melayu seperti mana yang digemari ramai tetapi harga kita tetap di bawah RM85 untuk seorang dewasa,” kata Chef Ismail.
Beliau berkata, pihak pengurusan Restoran Rebung mengalu-alukan tempahan awal untuk mengelak daripada ketiadaan tempat duduk sepanjang bulan Ramadan iaitu dengan menghubungi talian 03-22763535/03-22762525.
“Restoran Rebung berkonsepkan bufet dan stall. Terdapat lapan stall yang setiap satunya menyediakan hidangan tersendiri.
“Misalnya di Stall 1, makanannya ringan seperti ada murtabak daging dan ayam, cucur bawang, pisang goreng, keropok lekor, ubi keledek goreng dan ikan bakar.
“Stall 8 pasti menjadi tumpuan kerana di situlah peletakan pencuci mulut yang wajib ada iaitu serawa durian, pengat pisang, pelbagai jenis bubur termasuk bubur nangka dan jagung,” katanya.
Menurut Chef Ismail lagi, sementara menunggu ketibaan Ramadan, Restoran Rebung turut memperkenalkan konsep kantin iaitu menikmati sama ada sarapan atau minum petang dengan harga rendah.
“Konsep Kantin atau pick and pay adalah makanan rakyat, macam style kantin. Ada kuih dan minuman panas dengan harga bermula serendah 50 sen dan kalau kita makan nasi lemak dan nescafe, harga dalam RM4.90.
“Petang, Kantin beroperasi pukul 3 sehingga 5.30 petang. Jadi, boleh singgah dan makan di sini,” katanya. – UTUSAN ONLINE











