Mengaku cederakan Jong-nam - Utusan Malaysia

Mengaku cederakan Jong-nam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 1 April – Satu-satunya tertuduh dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam hari ini mengaku bersalah atas tuduhan alternatif iaitu mencederan lelaki Korea Utara itu, dua tahun lalu.

Doan Thi Huong, 30, membuat pengakuan tersebut pada hari kedua perbicaraan peringkat bela diri di Mahkamah Tinggi di sini.

Mengikut pertuduhan alternatif terbabit, Thi Huong didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap Jong-nam menggunakan bahan berbahaya iaitu agen saraf, VX di Balai Berlepas, KLIA2, Sepang dekat sini kira-kira pukul 9 pagi, 13 Februari 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dendan atau sebat atau mana-mana dua hukuman tersebut.

Pada 11 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam melepas tanpa membebaskan tertuduh pertama, Siti Aisyah daripada pertuduhan membunuh Jong-nam, selepas Pejabat Peguam Negara menarik balik pendakwaan terhadapnya mengikut Seksyen 254(1) Kanun Acara Jenayah.

Kedua-dua wanita itu sebelum ini didakwa atas tuduhan membunuh Jong-nam, 45, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini