Selangor ‘libas’ kejohanan MSSM 2019 - Utusan Malaysia

Selangor ‘libas’ kejohanan MSSM 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Selangor muncul juara keseluruhan Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2019 apabila mengumpul 109 mata daripada enam acara – berpasukan dan antara regu ketiga-tiga kategori umur bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Selangor beroleh mata terbanyak, 30 setelah menjuarai acara berpasukan B12 dengan menewaskan Pahang selain 23 mata selaku naib juara antara regu B18 apabila ditundukkan Pulau Pinang 18-21, 18-21 dalam perlawanan akhir di Kompleks Sukan Negeri Sembilan, Seremban, semalam.

Naib juara keseluruhan menjadi milik Johor yang beroleh 99 mata dengan pencapaian terbaiknya ialah naib juara antara regu B12 dan B15 yang menghasilkan 46 mata setelah kalah kepada Perak dan Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terengganu di tempat ketiga dengan menguitip 91 mata selepas menjuarai berpasukan dengan menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 dan meraih tempat ketiga antara regu B18, semalam setelah disekat Selangor 1-2 pada separuh akhir.

Perak yang menjuarai antara regu B12 untuk meraih 30 mata, menghuni tempat keempat keseluruhan dengan mengumpul 88 mata sementara dua pingat emas berpasukan dan antara regu B15 serta 60 mata, hanya meletakkan Melaka di tempat kelima (85 mata).

Acara beregu turut diperkenalkan kali ini yang menyaksikannya dijuarai Pulau Pinang setelah menewaskan Kelantan 15-13, 11-15, 15-9 namun hanya terhad kepada B18.


PEMAIN TERBAIK

BAWAH 12

Tekong – Ali Hakimi (Perak), apit kanan – Hakeem Ramli (Johor), apit kiri – Ahmad Rizal Ashram (Perak)

BAWAH 15

Tekong – Syakir Jamal (Melaka), apit kanan – Muhammad Arif Danial Ariffin (Melaka), apit kiri – Shahrin Ahmad (Johor)

BAWAH 18

Tekong – Muhd. Fakhrul Akhmal Nakain (Pulau Pinang), apit kanan – Rizani Ruzani (Selangor), apit kiri – Zaki Jamil (Pulau Pinang)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini