"Bantu saya jadi ketua pembangkang Negeri Sembilan" - Utusan Malaysia

“Bantu saya jadi ketua pembangkang Negeri Sembilan”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 30 Mac – Pengundi di Rantau diharap memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu bagi membolehkan Datuk Seri Mohamad Hasan menjadi ketua pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, kemenangan amat penting agar beliau dapat memberikan khidmat kepada rakyat di Rantau dan Negeri Sembilan dengan melakukan tugas semak dan imbang kepada kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH).

“Pada 13 haribulan (April) bantu saya untuk masuk ke dalam DUN sebagai ketua pembangkang untuk kita semak kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia bukan untuk saya, tapi saya hendak berkhidmat kepada rakyat di Rantau dan Negeri Sembilan supaya kerajaan PH ini jangan tipu rakyat lagi, jangan lagi cakap-cakap kosong, semua janji yang dibuat mesti ditunaikan,” katanya.

MOHAMAD HASAN berucap dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin di PDM Pekan Sagga Rantau di Rembau hari i
MOHAMAD HASAN berucap dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin di PDM Pekan Sagga Rantau di Rembau hari ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Sagga, Rantau di sini malam ini.

Yang hadir sama, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha.

Sementara itu, Mohamad yang juga merupakan bekas Menteri Besar memberitahu, sepanjang tiga penggal beliau sebagai wakil rakyat, pelbagai masalah dan isu yang melibatkan penduduk di Rantau telah dapat diselesaikan.

MOHAMAD HASAN duduk di atas sebuah motosikal ketika mendengar ceramah oleh Ahli Parlimen Rembau, Kha
MOHAMAD HASAN duduk di atas sebuah motosikal ketika mendengar ceramah oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam Majlis Mesra Bersama Pemimpin di PDM Pekan Sagga Rantau, Rembau malam ini. – UTUSAN ONLINE/ABD. RAZAK AID

“Tapi tak tahulah jika tuan-tuan tidak mahu kenang jasa saya, tidak apalah, saya menangislah, apa nak buat,” katanya berseloroh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini