Perjanjian Brexit, Theresa May cuba nasib buat kali ke-4 - Utusan Malaysia

Perjanjian Brexit, Theresa May cuba nasib buat kali ke-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 30 Mac – Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini mempertimbangkan kemungkinan membawa pelan perjanjian Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) atau Brexit untuk dipersetujui di Parlimen buat kali keempat.

“Kami percaya cara terbaik untuk menghormati pungutan suara rakyat adalah dengan melaksanakan perjanjian itu,” kata Pengerusi Parti Konservatif, Brandon Lewis.

Maklum akan peningkatan sokongan terhadap perjanjian itu walaupun ditolak, jurucakap May semalam berkata: “ Kita sekurang-kurangnya bergerak ke arah yang betul”.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Britain dijangka berhimpun sekali lagi Isnin ini untuk mempertimbangkan perubahan perjanjian itu yang dapat memastikan ia diluluskan termasuk sokongan bagi hubungan ekonomi yang erat dengan EU selepas Britain keluar daripada blok berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini