Idris Khan ada ciri lelaki idaman - Utusan Malaysia

Idris Khan ada ciri lelaki idaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAMANYA mungkin kurang dikenali dalam sukan tempatan namun bekas pemain tenis wanita No. 1 Malaysia, Yus Syazlin Nabila Yusri, 21, kini kembali ke gelanggang bagi memperbaiki ranking walaupun berdepan pelbagai masalah dengan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM).

Kecederaan bahu yang memaksa dia berehat panjang menyebabkan Yus Syazlin terlepas beberapa kejohanan, sekali gus memberi kesan kepada rankingnya.

Pemain remaja kelahiran Perlis itu yang juga pernah menghuni ranking No. 1 Asia bagi peringkat usia bawah 14 tahun memilih untuk menjadi penyanyi muzik R&B dan mahu menjadi ahli perniagaan yang berjaya suatu hari nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersama Utusan Malaysia dalam ruangan Tanya Je, Yus Syazlin berkongsi sedikit sisi yang mungkin tidak diketahui peminat tenis negara.

1. Kalau memegang watak heroin, siapa hero pilihan anda?

Idris khan sebab dia ada ciri-ciri lelaki idaman.

2. Siapakah anda dalam 10 tahun akan datang?

Ahli perniagaan berjaya dan sudah tentu menjadi isteri kepada seseorang.

3. Jika diberi peluang menjadi penyanyi, genre apa menjadi pilihan anda?

R&B kerana muzik ini mempunyai jazz, gospel, serta blues.

4. Jika anda menjadi adi wira, watak apa jadi pilihan?

Spiderman kerana ada pelbagai keistimewaan terutama kecederaannya cepat sembuh. Mungkin saya boleh jadi Spiderwomen.

5. Kalau dapat kembali ke masa silam, tahun mana menjadi pilihan dan kenapa?

Empat tahun lalu, 2015 kerana ketika itu banyak perkara yang diinginkan berjaya dimiliki

6. Pernah kena denda di sekolah?

Pernah sebab tidak masuk kelas dengan alasan berlatih bola jaring sedangkan latihan itu tidak ada, sebab tu kena denda.

7. Kenapa pilih tenis? apa keistimewaan sukan tenis buat anda?

Pada mulanya sekadar hobi tetapi selepas meraih satu kejayaan demi kejayaan, saya terus melangkah ke depan.

8. Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, yang mana paling diminati?

Ada tengok juga seperti Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan sebagainya. Filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee banyak memberi nilai-nilai moral.

9. Tiga perkataan yang boleh menggambarkan keseluruhan tentang diri anda?

Ego, cepat mengalah dan manja.

10. Tiga perkara anda paling benci?

Seorang penipu, pilih kasih dan suka cakap belakang.

11. Namakan tiga selebriti Malaysia yang paling anda minati?

Datuk Siti Nurhaliza, Fazura, Nadiyah Shahab, Ernie Zakri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini