Prabowo wujudkan negara khalifah isu murahan – BPN - Utusan Malaysia

Prabowo wujudkan negara khalifah isu murahan – BPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 29 Mac – Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno menyifatkan khabar angin yang mendakwa pasangan calon Pre­siden itu akan mewujudkan sebuah negara khalifah jika menang pilihan raya Presiden (pilpres) April ini sebagai fitnah.

Lapor Republika.co.id, Pengarah Material dan Debat Badan Pemenangan Nasional (BPN) Prabowo Subianto-Sandiaga Uno, Sudirman Said mengingatkan pihak yang menyebarkan isu itu supaya berhenti berbuat demikian.

“Hentikan pembohongan itu kerana bukan sahaja merupakan fitnah yang keji tetapi juga memecah belahkan bangsa,” kata Sudirman, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Sudirman, perjalanan hidup Prabowo menjadi bukti tentang kasih sayang beliau terhadap Pancasila dan Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI).

Sepanjang hidup Prabowo, beliau berjuang untuk bangsa dan negara dengan menjadi perajurit tentera.

“Orang sekelilingnya sangat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza agama dan mereka yang mengutamakan kepentingan negara,” jelas Sudirman.

Tambah Sudirman, isu khalifah adalah cerita murahan yang dimainkan oleh segelintir pihak kerana panik melihat gelombang sokongan masyarakat negara ini terhadap Prabowo-Sandi.

“Kenapa harus menggunakan cara-cara murahan hanya untuk memuaskan nafsu ingin terus berkuasa. Ini bukan cara yang sihat dan menjadi contoh buruk bagi generasi seterusnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Prabowo bertekad untuk memberikan akses rumah berharga rendah kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau bertekad dalam tempoh setahun pemerintahannya, Prabowo akan membangunkan sekurang-kurangnya satu juta rumah murah untuk rakyat.

Prabowo menegaskan perkara tersebut dapat dilaksanakan dengan cara mengatasi ketirisan wang negara dan menangani gejala rasuah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini