Anwar zahir syukur, sambut baik keputusan mahkamah - Utusan Malaysia

Anwar zahir syukur, sambut baik keputusan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membebaskan serta membersihkan mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan, 10 tahun lalu.

Beliau berkata, setelah sekian lama berjuang menuntut kebenaran terhadap kes terbabit akhirnya keadilan berpihak kepadanya.

“Saya bersyukur dan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membebaskan dan membersihkan sahabat saya, mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan kes hasutan mengenai kenyataan yang dibuatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan ini juga sudah pastinya melegakan ahli keluarganya serta menjadi sesuatu yang manis menjelang ulang tahun kelima kematian Karpal,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini melepas dan membebaskan mendiang Karpal Singh daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak, 10 tahun lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini