Jawatankuasa sementara ditubuhkan jalankan tugas AAM - Utusan Malaysia

Jawatankuasa sementara ditubuhkan jalankan tugas AAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Sebuah jawatankuasa permotoran sementara telah ditubuhkan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang telah dibatalkan pendaftarannya sehingga badan pengelola baharu sukan permotoran negara dimuktamadkan.

Pesuruhjaya Sukan, Datuk Zaiton Othman berkata, jawatankuasa tersebut akan menyelia dan menguruskan hal-hal berkaitan sukan permotoran susulan pembatalan pendaftaran AAM pada 30 Nov tahun lalu.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa sementara di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) itu adalah hasil pertemuan dengan badan-badan gabungan sukan permotoran di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk makluman, pelumba yang telah mempunyai lesen perlumbaan AAM boleh meneruskan aktiviti sukan permotoran seperti biasa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PJS membatalkan pendaftaran AAM selepas persatuan itu gagal mengemukakan minit mesyuarat agung, senarai ahli jawatankuasa, penyata kewangan diaudit, laporan aktiviti tahunan dan senarai keahlian sejak 2016.

Justeru, PJS memaklumkan kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) mengenal pembatalan AAM melalui surat bertarikh 8 Mac lalu.

Sementara itu, Setiausaha Agung FIA Bagi Sukan Permotoran, Peter Bayer, menerusi surat balas kepada PJS berkata, pihak FIA akan mengambil langkah yang sewajarnya.

“FIA telah mengambil perhatian bahawa AAM tidak lagi diiktiraf oleh pihak berkuasa awam negara untuk pengurusan sukan permotoran di peringkat kebangsaan dan ia tidak dibenarkan mewakili negara di peringkat antarabangsa,”” menurutnya dalam surat bertarikh 12 Mac itu.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini